BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 6, 2010

Click here to get more from MasterGreetings.com

Tuesday, April 6, 2010

JAMU UNTUK WANITA

5
Posted by Picasa
  • Jamu ini dihasilkan sendiri oleh ibu saya. Ibu berumur 63tahun. Alhamdulillah, ibu masih sihat dan bertenaga seperti baru berumur 50an.Ibu belajar memproses jamu sejak beliau melahirkan anak pertama ketika beliau berumur 17tahun. Jamu buatan ibu tidak ada logo KKM. Pada zaman dahulu KKM tidak wujud.
  • Ianya diperbuat daripada 100% ramuan herba tradisional.
  • Antara ramuan-ramuan tersebut anda boleh lihat di header blog ini.
  • Saya sendiri mengamalkan makan jamu sejak umur saya, 20tahun.
  • Pada ketika itu, jamu tersebut masih di dalam bentuk serbuk.
  • Jamu serbuk dibancuh dengan madu dan di makan begitu sahaja dengan air suam.
  • Jamu ini juga, sesuai dimakan oleh ibu-ibu selepas melahirkan.
  • Bagi wanita-wanita diluarkan sana, mengamalkan memakan jamu menjadikan tubuh anda kelihatan lebih berseri-seri, segar dan cantik walau anda sudah memiliki anak yang ramai.
  • Ia juga boleh merapatkan, membersihkan dan menyegarkan rahim peranakan, mengelakkan dari keputihan, gatal-gatal.
  • Menghilangkan rasa letih, sejuk, sakit pinggang serta menegangkan seluruh tubuh(luar dan dalam. Jamu ini dijual dengan harga RM15.00 sebotol.
  • Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya IJA 019-7412 9999

MINYAK LINTAH ASLI


  • Melancarkan perjalanan darah anda ke alat sulit (lelaki) sehingga 95% keberkesanan.
  • Gagah, mantap, perkasa
  • Memberi saiz idaman
  • Memberi kepuasan maksimun
  • 100% herba terpilih
  • Tiada kesan sampingan
  • Tiada bahan pengawet
Posted by Picasa

JAMU UNTUK LELAKI

Posted by Picasa

Saturday, March 6, 2010

PENJAGAAN RUMAH.

  1. Zikrullah ketika memasuki rumah.
  2. Memberi salam keatas ahli rumah.
  3. Zikrullah ketika makan dan minum.
  4. Memperbanyakkan membaca al-quran di dalam rumah.
  5. Membersihkan rumah dari suara iblis(muzik)
  6. Membersihkan rumah dari bunyian loceng.
  7. Membersihkan rumah dari salib-salib.
  8. Membersihkan rumah daripada gambar-gambar dan rupa makhluk yang bernyawa.
  9. Memebersihkan rumah daripada anjing.
  10. Bertutur dengan perkataan yang baik dan bermanis muka keatas ahli rumah.

MEMELIHARA TANGAN

  1. Memelihara tangan dari mengambil hak orang lain.
  2. Memelihara tangan dari membunuh orang islam.
  3. Memelihara tangan dari membunuh diri sendiri.
  4. Memelihara tangan dari bersalaman dengan orang bukan muhrim.
  5. Memelihara tangan dari memakin emas.
  6. Memelihara tangan dari bermain dadu.

MEMELIHARA KEMALUAN

  1. Memelihara kemaluan dari zina.
  2. Memelihara kemaluan dari liwat.
  3. Memelihara kemaluan dari mendatangi (jimak) dengan binatang.
  4. Memelihara kemaluan dari jimak dengan isteri yang kedatangan haid.
  5. Memelihara kemaluan dari mengeluarkan mani dengan tangan.

MEMELIHARA PERUT

  1. Memelihara perut dari makan riba.
  2. Memelihara perut dari memakan rasuah.
  3. Memelihara perut dari mamakan hasil dari usaha secara tidak benar.
  4. Memelihara perut dari memakan harta anak yatim.
  5. Memelihara perut dari syahwat.
  6. Mamelahara perut dari haram dan syubhat.
  7. Memelihara perut daripada makan terlalu kenyang.

MEMELIHARA LIDAH

  1. Memelihara lidah dari berkata dengan perkataan yang tiada faedah.
  2. Memelihara lidah dari bercakap banyak.
  3. Memelihara lidah dari berkata bercakap perkataan yang berunsur maksiat.
  4. Memelihara lidah dari bertengkar dan berbahas.
  5. Memelihara lidah dari perkataan yang membawa kepada permusuhan.
  6. Memelihara lidah daripada mengeluarkan kalam terlalu kuat dan memekik.
  7. Memelihara lidah daripada bertutur dengan perkataan yang keji.
  8. Memelihara lidah daripada mencela sesiapa yang hidup.
  9. Memelihara lidah daripada melaknati orang atau sesiapa sahaja.
  10. Memelahara lidah daripada mencela sesiapa yang telah mati.
  11. Memelihara lidah daripada melontarkan kekufuran terhadap orang-orang mukmin.
  12. Memelihara lidah daripada memperolok-olokkan, mengejek-ejek, mentertawakan dan memperkecilkan cakap orang lain.
  13. Memelihara lidah daripada membuka rahsia diri sendiri atau sesorang lain.
  14. Memelihara lidah daripada berdusta.
  15. Memelihara lidah daripada mengumpat.
  16. Memelihara lidah daripada lidah bercabang.
  17. Memelihara lidah daripada bercakap perkara yang berlaku diantara kamu dan isteri.
  18. Memelihara lidah daripada menyanyi.
  19. Memelihara lidah daripada bersumpah selain Allah.
  20. Memelihara lidah daripada bersumpah selain daripada AgamaIslam.
  21. Memelihara lidah daripada memaki angin.
  22. Memelihara lidah daripada mencela demam.
  23. Memelihara lidah daripada menjadi saksi palsu.
  24. Memelihara lidah daripada mengungkit pemberian.
  25. Memelihara lidah daripada memaki diri.
  26. Memelihara lidah daripada sumpah dan dusta.
  27. Memelihara lidah daripada menggunakan kata sombong yang boleh membawa kepada menyekutukan Allah.
  28. Memelihara lidah daripada mencela makanan.
  29. Memelihara lidah daripada bercakap perkataan dunia di dalam masjid.
  30. Memelihara lidah daripada menuntut bantuan dan pertolongan selain Allah.

BERTUNGKU/MENUNGKU

  1. Adalah cara yang terbaik bagi mengembalikan otot-otot sekitar kandungan dan rahim kepada fungsinya.
  1. Ia amat berkesan untuk mengecilkan kembali rahim.
  2. Panaskan batu tungku diatas dapur, balut dengan daun mengkudu kemudian dibalut dengan kain.
  3. Letak diatas kerut. Berulang-ulang sehingga panas batu tadi hilang.
  4. Insya-Allah rahim anda kembali seperti asal.
  5. Jika rahim anda kembali seperti asal, badan anda juga kembali seperti asal.
  6. Selamat berpantang.

HILANG KECANTIKAN TUBUH KETIKA MELAHIRKAN.

Hilang kecantikan tubuh selepas melahirkan ada 3 sebab:

  1. Ketiadaan rawatan jamu pada masa-mas lampau.
  2. Tiada senaman khusus yang sewajarnya dilakukan.
  3. Tiada amalan bertungku.

PILIS PADA KENING

Pilis pada kening bertujuan supaya tidak terkena penyakit Meriang.

  1. Iaitu sejenis penyakit panas badan/ demam yang amat sukar dirawat jika terkena penyakit itu. Malah pada sesetengah ibu yang terkena penyakit Meriang, oleh kerana terlalu panas pada kepala menyebabkan saraf otak terjejas.
  2. Akibatnya ada saraf halus akan terputus sehingga menyebabkan sakit otak atau kurang wajar perangainya.
  3. Dipercayai, disebabkan kerana ada darah yang tidak habis keluar sewaktu melahirkan.
  4. Amalkan pemakaian pilis, agar kepalanya sentiasa sejuk.
  5. Ia juga mencegah kedut-kedut pada kulit kening.

PILIS PERUT

  1. Pilis perut adalah sejenis ramuan untuk mencegah kulit perut dari berkedut akibat melahirkan.
  2. Pilis juga berfungsi melangsingkan perut. Kecuaian dalam mengamalkan pilis perut, sesudah melahirkan banyak dialami oleh kaum ibu dan seterus menjadi masalah dalaman yang melarat.
RAMUANNYA:
  1. Minyak kayu putih~ 2camca makan~
  2. Dauh sirih~ 10 Lembar ~
  3. Kapur sirih ~1 camca teh~
Kesemuanya diadun dan ditampal ketas perut sekitarnya dan bebatlah dengan kain agar selesa.
Amalkan setiap malam selama pantang.
Dengan ini kulit perut tidak akan berkedut dan langsing kembali. Insya-Allah.

OLESAN LUARAN UNTUK MENGECILKAN RAHIM

Ada satu lagi cara untuk mengecilkan liang jimak, iaitu ramuan tradisional dioleskan pada sekitar liang jimak (bahagian luar sahaja). Olesan ini berkesan, namun ia hanya bersifat sementara. Akan tetapi jika olesan berlebihan maka akan menimbulkan kesakitan sewaktu melakukan hubungan jenis, kerana terlalu kesat. Rawatan ini hendaklah disertakan dengan rawatan dalaman dengan mengamalkan pemakanan jamu.

RAHIM MENGECIL KEBANGGAAN SUAMI

Hubungan suami-isteri tidak terlepas dari hubungan jenis (hubungan seks) yang sudah menjadi naluri. Oleh itu rawatan rahim mestilah dijaga serba-serbinya. Bukan sahaja menjaga kebersihannya, tetapi apa yang penting ialah menjaga rahim agar rahim sentiasa dalam keadaan mengecil. Selain daripada mengamalkan pemakanan jamu, boleh ikuti cara dibawah:

  1. Rebus dauh sirih secukupnya. Setelah cukup mendidih ditapis dan air rebusan dimasukkan didalam satu bekas. Tunggu sehingga sejuk.
  2. Air rebusan dicampur dengan air sejuk. Boleh diambil dari peti ais. Digunakan untuk cebok terutama, ketika buang air kecil. Pastikan air rebusan terkena pada bahagian luaran rahim, yang agak kedalam sedikit.
  3. Insya-Allah dengan usaha yang kerap dilakukan seperti tadi bukan sahaja rahim akan lebih sihat dan bersih malah kearah pengecilan rahim seperti yang diharapkan.

AMALAN MINUM AIR AIS LEPAS MAKAN BOLEH MENYEBABKAN KEGEMUKAN

  • minum air ais lepas makan menyebabkan kita akan rasa lebih dahaga, tidak merasa puas dan meminum berulang kali.
  • Akibatnya makanan yang ada di dalam perut (sejenak sebelum minum air) akan terlarut didalam air yang banyak.
  • Ini memudahkan kerja-kerja tisu-tisu halus disekitar usus kecil yang bertugas menghisap sari makanan.
  • Yang selanjutnya secara proses biologi disalurkan kemana-mana bahagian berupa timbunan sedikit demi sedikit yang menjadi lemak dan daging.
  • Proses yang demikian ini, berjalan terus menerus pada setiap harinya, sehingga mengalami pertambahan berat badan dan mengalami kegemukan.
( Terlalu gemar meminum minuman bergula selepas makan juga akan memberi kesan yang sama. Sentiasa berada di ruang berhawa dingin juga boleh meningkatkan berat badan dan kegemukan)

Wednesday, February 24, 2010

RAMUAN-RAMUAN UNTUK AIR MANDIAN IBU-IBU LEPAS BERSALIN/DALAM PANTANG


SERAI WANGI

Air mandian untuk ibu-ibu sewaktu dalam pantang. Serai wangi, daun jambu batu, daun senduduk, daun pandan, em..apa lagi ya. Saya tanya emak dulu k. Semua daun-daun ini direbus dan airnya dijadikan air mandian. Wow, badan akan rasa lebih segar.

Tuesday, February 23, 2010

KEPERLUAN SEWAKTU DLM PANTANG..

BENGKONG
Kain bengkong ini panjang lebih kurang 10m X 3ang berminat untuk menempah bengkong ini hubungi IJA 019-7412 999. 0cm lebar. Digunakan untuk membengkong ibu-ibu dalam pantang iaitu tempoh 44hari selepas melahirkan. Kain ini dililit dari punggung ke perut ibu (dibawah dada). Urat ibu-ibu lepas bersalin menjadi muda,dalam tempoh ini urat-urat tersebut bole dibentuk kembali. Kepada sesiapa y


BENGKONG


BATU TUNGKU SUNGAI

Ini ialah batu sungai. Batu ini saya gunakan ketika dalam pantang untuk menungku. Batu tersebut dipanaskan diatas dapur. Kemudian, dibalut dengan beberapa helai daun mengkudu dan dibalut dengan kaki. Batu yang panas ini diletakkan diatas perut. Panas batu ini terasa hingga ke dalam perut, bagi mengeluarkan darah-darah beku di dalam. Badan akan rasa berpeluh dan lebih segar.


BATU SUNGAI DIJADIKAN BATU TUNGKU
Posted by Picasa

AGAR RAHIM SENTIASA SIHAT DAN BERSIH

Seorang isteri hendaklah menjaga liang jimak, dan bahagian-bahagian lain kemaluannya agar sentiasa bersih dan dapat memuaskan hati suami.

  1. Terlalu lama berdiri merosakkaln tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang jimak sentiasa basah.
  2. Terlalu lama duduk merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.
  3. Terlalu lama berjalan merosakkan urat. Dalam pada itu haid tidak akan menentu masanya.
  4. Terlalu lama melihat merosakkan darah. Darah haid menjadi kotor dari biasanya dan disertai dengan bau tak disenangi.
  5. Terlalu riang/ gembira merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang jimak.
  6. Terlalu kerap marah merosakkan hati. Cepat kelihatan tua. Selepas melahirkan mudah mengalami meriang. Wanita cepat meradang, cepat pula mengeluarkan mani akibatnya kurang mampu memuaskan suami.
  7. Terlalu lama tidur merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauhnya jodoh. Mudah murung dan berangan-angan. Urat-urat disekitar rahim tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
  8. Terlalu banyak berfikir merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam tidur kerap mengalami sentakan kaki dan tangannya, juga mengalami seolah-olah mendengar suara-suara tertentu. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.
  9. Terlalu sedih merosakkan jantung. Boleh mengakibatkan cuai dalam merawat rahim, kerana kesedihan yang dialami. Mudah mengalami jenis penyakit puan.
  10. Terlalu merana merosakkan paru-paru. Masalah dalaman yang menyangkut payudara seperti makin terlondeh dan ketegangannya semakin hilang.
  11. Terlalu takut merosakkan ginjal. apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatjkan gejala-gejala seperti kencing manis dan lemah jantung. Peluh dan nafasnya berbau yang tidak menyenangkan.
  12. Terlalu kerap terkejut merosakkan empedu. Gejala-gejala pening kepala kerap dialami. Haid tidak menentu dan pendarahan yang terkadang lebih banyak.
  13. Terlalu banyak makan, merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk/tidur. Akibat liang jimak kurang bersih. Semakin banyak ragam lauk yang dimakan semakin menjejaskan kesihatan dan liang jimak.
  14. Terlalu banyak minum air ais merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Keindahan tubuh terjejas. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awek muda.
  15. Terlalu banyak masa lapang merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa. Kecuali masa lapang dipenuhi dengan aktiviti yang positif.
  16. Terlalu kesempitan wang merosakkkan agama. Batas antara fakir dan kafir adalah kemiskinan. Jika iman tidak kuat mudah tertibat didalam pelbagai kegiatan negatif. Selanjutnya mengalami masalah dalaman yang serius dan sukar diaatasi.
Selamat menbaca.....